Selasa, 2008 September 30

~KEKENYANGAN DI HARI PERTAMA~


Alhamdulillh..setelah sebulan kita berpuasa kini tibalah saat berhari raya..semoga dengan ketibaan syawal pada tahun ini,semua umat islam dapat bersama-sama menjalin hubungan silaturahim antara sesama insan♥..di hari raya tidak dinafikan inilah saat paling bahagia buat diri saya kerana dapat bersama-sama keluarga bermaaf-maafan memohon ampun di atas segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan..buat saya yang masih mempunyai ibubapa,saya amat bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan buat saya untuk memohon ampun terhadap mereka ..saya amat sayang kepada mereka...,anda yang masih mempunyai ibubapa bersegeralah memohon ampun maaf kepada mereka sementara mereka masih di dunia,bagi yang sudah tiada segala doa dipanjatkan untuk mereka amin...

Sabtu, 2008 September 27

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~


Selamat Hari raya saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimah tak kira di mana saja anda berada dengan harapan anda berbahagia selalu di samping yang tersayang.Tidak lupa juga kepada semua rakan Blog,Keluarga,saudara-mara Yang berada di kampung Yan Besar Kedah dan yang berada di Simunjan Sarawak..Tahun nie harap kami sekeluarga dapat beraya kat sana insyaallah..kepada yang tersayang kakak tercinta Nur dalila yang sedang Bekerja,semoga kita dapat bersama di hari raya ini..Saya Damia Bt Mohd Asri memohon maaf di atas segala kesilapan,tersasul bahasa sama ada sengaja ataupun tidak diharap ampun segala dosa saya dan saya juga berdoa agar anda semua sentiasa berada dalam sejahtera,aman dan bahagia dengan izin Allah S.w.t amin.....♥

Jumaat, 2008 September 26

~ASSALAMUALAIKUM~
















Assalamualaikum...terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi membuka laman blog yang baru ini..saya sebagai seorang muslimah amat bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan kurnianya saya dapat mencipta laman blog sendiri yangsebenarnya sudah lama saya harapkan.Bicara Hati Damia ini menyentuh mengenai mutiara kata agar kita dapat menjalani hidup dengan lebih bahagia di samping keredhaan Allah swt.Memang dalam hidup kita masalah datang silih berganti,hari demi hari memakan diri,kerana dipendam seorang diri..usah biarkan masalah merundung diri,hayati hidup insafilah diri...ingat hanya kepadanyalah kita berserah dan hanya kepadanyalah kiata memohon pertolongan,marilah kita hayati mutiara kata ini semoga kita yakin dan bersemangat menempuh hari yang mendatang..

~MUTIARA KATA~

♥Adalah di luar kemampuan manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa depan sesuai dengan harapan dan cita-cita mereka.Jika bergitu,mengapa kita masih bersedih kerana sesuatu yang tidak mungkin kita ubah?


♥Berharaplah bahagia jangan berharap ditimpa bencana.


♥Bertekak dan bertikam lidah akan menghilangkan kesucian hati dan keindahan.


♥Campaklah gambaran kegagalan itu dan biarkanlah ia di luar hati anda.Tidak akan merasa aman bagi yang tidak beriman.


♥Dengan senyuman indahmu yang membangkitkan cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama insan.Dengan kata-kata baikmu yang mengikat persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan permusuhan.


♥Di mana-mana dunia anda akan mendapati kegelapan.Tiada cara lain selain memantulkan cahaya yang ada pada dirimu


♥Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar.Sebaik ditanam tidak terus dipetik,tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar terlebih dahulu.


♥Jika kesedihan semakin menjadi-jadi,penderitaan semakin teruk,ucapkanlah,La ilaha illahlah.


♥Keiklasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman.Hakikatnya,ramai manusia yang mahu menghulur bantuan tetapi tangannya mencubit.


♥Kenali Allah dalam keadaan suka,maka ia akan mengenalmu dalm keadaan duka.


♥Keselesaan tubuh badan kerana sedikit makan.Kedamaian jiwa kerana sedikit dosa.Ketenangan hati kerana sedikit angan-angan.Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.


♥Makna sebenar hidup bahagia ialah apabila kita dapat menikmati hidup detik demi detik.


♥Peristiwa masa lalu adalah mimpi,hari esok adalah harapan indah,sedangkan hari ini adalah realiti.


♥Tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya.Eloklah lupakn saja.Sebaliknya,tumpukan kepada kejayaan,kerana dengan itu hatimu tidak akan terganggu.


♥Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang menghijau...