Jumaat, 2008 September 26

~ASSALAMUALAIKUM~
















Assalamualaikum...terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi membuka laman blog yang baru ini..saya sebagai seorang muslimah amat bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan kurnianya saya dapat mencipta laman blog sendiri yangsebenarnya sudah lama saya harapkan.Bicara Hati Damia ini menyentuh mengenai mutiara kata agar kita dapat menjalani hidup dengan lebih bahagia di samping keredhaan Allah swt.Memang dalam hidup kita masalah datang silih berganti,hari demi hari memakan diri,kerana dipendam seorang diri..usah biarkan masalah merundung diri,hayati hidup insafilah diri...ingat hanya kepadanyalah kita berserah dan hanya kepadanyalah kiata memohon pertolongan,marilah kita hayati mutiara kata ini semoga kita yakin dan bersemangat menempuh hari yang mendatang..

~MUTIARA KATA~

♥Adalah di luar kemampuan manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa depan sesuai dengan harapan dan cita-cita mereka.Jika bergitu,mengapa kita masih bersedih kerana sesuatu yang tidak mungkin kita ubah?


♥Berharaplah bahagia jangan berharap ditimpa bencana.


♥Bertekak dan bertikam lidah akan menghilangkan kesucian hati dan keindahan.


♥Campaklah gambaran kegagalan itu dan biarkanlah ia di luar hati anda.Tidak akan merasa aman bagi yang tidak beriman.


♥Dengan senyuman indahmu yang membangkitkan cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama insan.Dengan kata-kata baikmu yang mengikat persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan permusuhan.


♥Di mana-mana dunia anda akan mendapati kegelapan.Tiada cara lain selain memantulkan cahaya yang ada pada dirimu


♥Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar.Sebaik ditanam tidak terus dipetik,tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar terlebih dahulu.


♥Jika kesedihan semakin menjadi-jadi,penderitaan semakin teruk,ucapkanlah,La ilaha illahlah.


♥Keiklasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman.Hakikatnya,ramai manusia yang mahu menghulur bantuan tetapi tangannya mencubit.


♥Kenali Allah dalam keadaan suka,maka ia akan mengenalmu dalm keadaan duka.


♥Keselesaan tubuh badan kerana sedikit makan.Kedamaian jiwa kerana sedikit dosa.Ketenangan hati kerana sedikit angan-angan.Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.


♥Makna sebenar hidup bahagia ialah apabila kita dapat menikmati hidup detik demi detik.


♥Peristiwa masa lalu adalah mimpi,hari esok adalah harapan indah,sedangkan hari ini adalah realiti.


♥Tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya.Eloklah lupakn saja.Sebaliknya,tumpukan kepada kejayaan,kerana dengan itu hatimu tidak akan terganggu.


♥Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang menghijau...


0 ulasan: